KEAHLIAN

KEAHLIAN

Posted by on in 0 Comments

APAKAH JENIS-JENIS KEAHLIAN BUMITRA MALAYSIA?

Keahlian BUMITRA MALAYSIA adalah terbahagi kepada empat (4) jenis iaitu:

Ahli Biasa

Ahli Biasa adalah terdiri dari Ejen-ejen Pengembaraan atau Operator Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan keseluruhan ekuitinya dimiliki 100% oleh kaum bumiputera.

Ahli Bersekutu

Ahli Bersekutu adalah terbuka kepada mana-mana badan perniagaan yang bukan Ejen Pengembaraan atau operator pelancongan dan perniagaan tersebut berhubung kait  atau tergolong dalam industri pelancongan dan keseluruhan ekuiti dimiliki oleh 100% oleh kaum bumiputera.

Ahli Gabungan

Ahli Gabungan adalah terbuka kepada Persatuan-persatuan bumiputera yang berhubung kait dengan industri pengembaraan dan pelancongan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Ahli Cawangan

Keahlian Cawangan terbuka kepada Cawangan-cawangan Ahli Biasa dan Cawangan-cawangan tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Cawangan-cawangan tersebut juga mestilah dimiliki oleh 100% oleh kaum bumiputera.

APAKAH KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI BUMITRA MALAYSIA

1. Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia

2. Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan Malaysia

3. Mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Airlines

4. Mendapat pengiktirafan daripada Tabung Haji

5. Maklumat terkini yang diperolehi daripada Jabatan dan Kementerian di atas akan disalurkan terus kepada ahli-ahli melalui emel dan juga facsimile.

6. Pelbagai Taklimat Produk daripada Ground Handler luar negara antaranya daripada Cairo, Egypt.

7. Pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli antaranya Fam Trip, aktiviti social seperti pertandingan bowling, futsal, majlis makan malam, hari keluarga dan lain-lain.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENJADI AHLI BUMITRA MALAYSIA?

1. Sila hubungi Pejabat BUMITRA MALAYSIA 03-4042 9211 / 8211 bagi mendapatkan borang permohonan keahlian

2. Isikan borang permohonan keahlian dengan lengkap, bertaip (sekiranya menggunakan tulisan tangan, hendaklah menggunakan huruf besar dan ditulis dengan jelas dan terang) dan disertakan dokumen berikut (seperti yang disenaraikan dalam borang permohonan)

i. Surat Permohonan Menjadi Ahli

ii. Borang Permohonan Keahlian yang sudah ditandatangani serta cop syarikat

iii. Borang Perakuan Perbadanan Syarikat (Form 9) dan Borang 13 (jika ada pertukaran nama)

iv. Salinan Lesen Kementerian Pelancongan Malaysia

v. Salinan Lesen Kementerian Kewangan

a. Akuan Pendaftaran Kontraktor

b. Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera

vi. Resolusi Pengarah mengenai tandatangan cek

vii. Borang 24 & 49 atau Form of Annual Return yang terakhir yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat

viii. Borang Pengesahan tandatangan cek daripada Bank

ix. Laporan Kewangan yang terbaru yang telah diaudit

3. Setelah segala borang  dan dokumen-dokumen lengkap, sila serahkan ke Pejabat Sekretariat BUMITRA MALAYSIA untuk semakan dan kelulusan.

4. Sebarang maklumat lanjut sila berhubung terus dengan Sekretariat Persatuan seperti talian di atas.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *