SESI PENERANGAN BAGI MEMPERKENALKAN TRAVEL COMPUTE KEPADA AHLI-AHLI BUMITRA MALAYSIA

SESI PENERANGAN BAGI MEMPERKENALKAN TRAVEL COMPUTE KEPADA AHLI-AHLI BUMITRA MALAYSIA

Posted by on in 0 Comments

Ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA yang dihormati

Perkara di atas dan surat yang dilampirkan adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacita dimaklumkan kepada ahli-ahli sekalian bahawa Syarikat Octraves Technology ingin mengadakan satu sesi penerangan untuk memperkenalkan platform TravelCompute kepada semua ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA.

TravelCompute adalah satu sistem penempahan online “Semua-Dalam-Satu” yang terkini dan telah dibangunkan 100% oleh Octraves Technology.  Platform ini membolehkan pengguna membuat tempahan penerbangan daripada berbagai syarikat penerbangan, hotel di serata dunia, transfer, sightseeing, bas dan insuran.  Dalam masa yang terdekat, TravelCompute juga akan membolehkan pengguna membuat tempahan tiket taman tema dan juga cruises perkapalan seluruh dunia.  Keterangan lanjut ada disertakan bersama-sama ini.

Mereka telah bermurah hati untuk mengadakan sesi penerangan kepada ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA pada tarikh dan masa sepertimana yang dinyatakan di bawah:

Tarikh       :   11 Julai 2017 (Selasa bersamaan 17 Syawal 1438H)

Masa        :   9.30 pagi hingga 2.00 petang

Tempat     :   Bilik Seminar Kuala Lumpur (Atas Restoran MAJUNAS)

                         OnPay Business Center

                           30-3, Third Floor , Block A

                           Platinum Walk, Jalan Langkawi

                           53100 Kuala Lumpur

 

Ahli-ahli yang berminat untuk mendengar taklimat ini diharap dapat memberi maklumbalas dengan kadar SEGERA pada atau sebelum jam 3:00 petang 7 Julai 2017 (Jumaat).  Sila balas email ini dengan menyertakan nama PESERTA yang akan menghadiri sesi taklimat ini.

 

Kerjasama tuan puan amat diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Yang benar

BUMITRA MALAYSIA

 

 

JURIAH AYOB

Setiausaha Eksekutif

Your email address will not be published. Required fields are marked *