HEBAHAN BERKENAAN PERATURAN BAGASI BAGI KEMASUKAN PELAWAT KE NEPAL

HEBAHAN BERKENAAN PERATURAN BAGASI BAGI KEMASUKAN PELAWAT KE NEPAL

Posted by on in 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan berkenaan notis had kebenaran oleh kerajaan Nepal ke atas pelawat untuk membawa masuk barang kemas/perhiasan emas sehingga 50 gram sahaja dan perak sehingga 100 gram sahaja.

 

  1. Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menerima surat daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) berhubung dengan Peraturan Bagasi Bagi Kemasukan Pelawat Ke Nepal dan memohon kerjasama Kementerian ini untuk menghebahkan maklumat tersebut kepada semua persatuan agensi pelancongan dan pengembaraan di Malaysia berkenaan dengan perkara tersebut.

 

  1. Berdasarkan surat tersebut, dua rakyat Malaysia dilaporkan telah ditahan, didenda dan barangan peribadi disita oleh Kastam Nepal sejak penguatkuasaan peraturan tersebut pada 16 Julai 2016. Berdasarkan siasatan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, sehingga bulan April 2017, seramai 24 rakyat asing pelbagai warganegara telah ditahan dan didenda atas kesalahan sama. Selain itu, notis penguatkuasaan peraturan berkenaan dipaparkan di laman web Jabatan Kastam Nepal tanpa sebarang makluman rasmi kepada mana-mana pejabat Perwakilan Asing di Nepal termasuk Kedutaan Besar Malaysia.

 

  1. Justeru, sukacita Kementerian ini memohon kerjasama semua persatuan agensi pelancongan dan pengembaraan di Malaysia agar memaklumkan maklumat berkaitan pelaksanaan peraturan tersebut kepada operator-operator agensi pelancongan yang telah berdaftar dengan Persatuan tuan/puan masing-masing. Bersama-sama ini disertakan salinan surat yang dipanjangkan oleh KLN untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.

 

  1. Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

Sekian.

 

ZAINAB BINTI SAIDIN

BAHAGIAN PELESENAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Your email address will not be published. Required fields are marked *