PERUTUSAN PRESIDENT

PERUTUSAN PRESIDENT

Posted by on in 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam Sejahtera dan salam satu MALAYSIA kepada ahli BUMITRA MALAYSIA yang dihormati sekalian.
Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA dapat saya mengukir
sepatah dua kata dalam Buku Lapuran sempena Mesyuarat Agung Tahunan BUMITRA MALAYSIA buat kali yang KE 35 tahun 2017.

Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu peluang untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih serta merakamkan penghargaan saya kepada semua ahli yang sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan di dalam semua acara, program, aktiviti dan kempen yang telah dirancang oleh Persatuan untuk dimanfaatkan bersama.

Dalam hal ini, saya yakin Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berada di landasan yang tepat untuk terus
meningkatkan daya saing serta menjana pertumbuhan ekonomi yang positif untuk Negara dalam sektor
pelancongan. Oleh itu, lembaran 2017 dan seterusnya ini haruslah dilihat sebagai peningkatan kesungguhan usaha dan tanggungjawab, lebih-lebih lagi di pihak Tourism Malaysia dan kesemua agensi yang berkaitan, bagi pencapaian yang lebih gemilang agar manfaatnya dapat dinikmati bersama oleh semua pihak.

Saya melihat industri pelancongan tanah air kita mampu untuk berkembang ke persada dunia tanpa ada had dan sekatan malah sektor pelancongan akan kekal menjadi peneraju utama pembangunan ekonomi Malaysia dengan menyediakan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada Rakyat.
Akhir kata, marilah kita ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA bersama-sama memberikan sokongan padu dan berganding bahu serta berkerjasama antara satu sama lain dalam mengharungi persaingan dan permasalahan global industri pelancongan yang hebat ini dengan azam dan semangat yang tinggi.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar

BUMITRA MALAYSIA

HAJI HARITH MOHD ALI
Presiden

Your email address will not be published. Required fields are marked *