Bumitra MalaysiaBumitra Malaysia
Forgot password?

Latar Belakang

BUMITRA MALAYSIA atau nama penuhnya Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia telahpun ditubuhkan pada tahun 1981. Keahlian yang sebelum ini hanya terdiri daripada 40 syarikat pengusaha pelancongan kini telahpun berkembang pesat dan mempunyai keahlian hampir 600 syarikat pengusaha pelancongan bumiputera. Kami amat mengalu-alukan syarikat tuan / puan untuk menyertai persatuan agar ia boleh dijadikan sebagai platform yang terbaik untuk memartabatkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi negara terutamanya dalam industri pelancongan ini.

APAKAH ITU BUMITRA MALAYSIA?

BUMITRA MALAYSIA adalah singkatan bagi Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia. Keahlian bagi Persatuan ini adalah 100% dimiliki oleh bumiputera.

DIMANAKAH BUMITRA MALAYSIA BEROPERASI?

BUMITRA MALAYSIA ini beroperasi penuh di Unit F-43-3, Tingkat 3, Blok F, Platinum Walk, No. 2 Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, 53300 Gombak Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.